Thursday, September 20, 2012

ALAM KUBUR



Suatu ketika Rasulullah SAW dalam perjalanan untuk menunaikan solat lalu baginda ternampak satu kumpulan orang yang sedang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi. Rasulullah SAW bersabda, " Sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadaan yang saya lihat ini".
Oleh itu perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu hari pun berlalu tanpa kubur berkata, " Aku rumah kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan rumah ulat-ulat".

Apabila seorang mukmin dimasukkan ke dalam kubur maka kubur akan berkata " Kedatanganmu di alu-alukan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi, engkaulah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepada ku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku,".

Selepas itu kubur itu akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian dari syurga secara berterusan.

Apabila orang berdosa dimasukkan, kubur akan berkata, " Tiada kata-kata aluan untuk kedatanganmu, Sangat jelek kedatanganmu. Daripada kalangan manusia yang berjalan diatas  muka bumi engkaulah yang paling aku benci. Hari ini engkau telah diserahkan kepada ku, engkau akan mendapat layanan daripadaku.

Selepas itu kubur itu akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuk akan bercerangah antara satu sama lain. Kemudian tujuh puluh ekor ular akan dilepaskan keatasnya. Sekiranya seekor sahaja daripada ular itu menghamburkan bisa ke bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tinggal. Ular itu akan terus mematuk orang tersebut sehingga hari kiamat.

Rasulullah SAW bersabda, " Kubur merupakan satu kebun daripada kebun-kebun syurga atau pun satu lembah dari lembah-lembah neraka." ( Misykat)

Keterangan:

Takutkan Allah SWT ini ialah perkara yang sangat-sangat perlu lagi penting. Perkara inilah yang menyebabkan Rasulullah SAW sering duduk merenung.

Mengingati maut akan menambahkan sifat takut kepada Allah SWT. Oleh sebab itulah, Rasulullah SAW menyarankan supaya kita sering mengingati maut kerana amalan itu penting lagi pula bermanfaat.

Sumber: Kitab Fadhilat Amal ( Maulana Muhammad Zakariya Al-Kandahlawi)

Panjangkan artikel ini kepada sahabat-sahabat anda, semoga dapat memberi kesedaran kepada yang leka dan lalai. Kerana semua manusia di atas muka bumi ini sentiasa dalam keadaan rugi, 24 jam sehari, 365 hari setahun sentiasa dalam keadaan rugi, kecuali kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan-pesan pada perkara yang benar dan berpesan-pesan dengan sabar. ( Surah Al-Asr Ayat 1-3). Wallahu a'lam.

Klik Share.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...