Dalam perspektif Islam, tawakal bererti sikap berserah diri kepada Allah S.W.T, yang bersumber daripada kesedaran bahawa Allah S.W.T adalah zat yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Maka, tiada daya atau kekuatan semua makhluk kecuali milikNya. Namun, tawakal kepada Allah tidak bererti penyerahan diri secara pasif, sebaliknya harus disertai oleh usaha.
Kisah Pertama:
Suatu ketika Khalifah Umar bin al-Khattab menjumpai sekumpulan pemuda yang sedang melepak di pinggir jalan.
"Siapa kamu dan apa yang kamu lakukan di sini?" tanya Umar kehairanan.
"Kami adalah orang-orang yang bertawakal kepada Allah", Jawab kumpulan pemuda itu.
"Kamu berbohong. Kamu bukan orang yang bertawakal. Orang yang bertawakal ialah orang yang menanam benih kurma dan gandum," Jelas khalifah.
Kisah Kedua:
Pada waktu yang lain Khalifah Umar bin al-Khatab menghampiri beberapa orang yang selalu dilihat duduk di serambi masjid.
Umar bertanya, " Bagaimana kamu mencukupi keperluan hidup kamu? "
Mereka menjawab, "Kami ini orang yang bertawakal."
Umar menolak jawapan mereka seraya berkata, " Bukan, kamu ini tidak lain ialah orang yang berpeluk tubuh dan tidak mahu mencari rezeki. Kemudian kamu berdoa kepada Allah, ' Ya Allah, berikanlah aku rezeki.'. Sebab kamu mengetahui bahawa langit itu tidak pernah menurunkan hujan emas ataupun perak."
Sebagaimana kisah di atas, Umar menyuruh agar tidak hanya sekadar berdoa dan berserah kepada Allah S.W.T , namun harus disertai usaha, berikhtiar dan bekerja keras.
Rasulullah SAW menegur secara bijaksana terhadap badwi yang memahami konsep tawakal dengan hanya berserah sahaja kepada Allah SWT tanpa sebarang ikhtiar. Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Anas bin Malik:
Suatu ketika seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah SAW sambil meninggalkan unta tungganganya, seraya berkata, " Aku lepaskan untaku dan aku bertawakal." Maka Nabi menjawab,
" Ikatlah untamu dan bertawakallah kau."
Jelas disini tidak ada tawakal apabila tidak disertai dengan usaha. Namun, banyak kekeliruan terjadi dalam memahami hadis itu iaitu sering difahami bahawa tawakal itu dilakukan setelah usaha keras dilaksanakan.
Pemahaman ini memang bersumberkan daripada sejumlah dalil, antaranya ini. Pemahaman ini sebenarnya kurang tepat, kerana bertawakal haruslah sentiasa menyertai diri seorang Muslim dalam semua tahap usaha, sebelum, ketika, sesudah dan selamanya.
Jadi, terdapat perbezaan dalam pengertian:
"Bekerja lalu bertawakal" dengan " Bertawakal lalu bekerja",
Bekerja lalu bertawakal:
Pengertian ini menjadikan tawakal itu hanya sebagai simbol tanpa memberikan bekas yang bererti terhadap jiwa orang yang tengah melakukan sesuatu pekerjaan, meskipun ia mengaku bertawakal.
Bertawakal lalu bekerja:
Pengertian in pula menjadikan tawakal sebagai landasan sehingga memberikan bekas yang sangat besar pada jiwa dan memberikan kekuatan yang luar biasa yang akan mampu mengatasi kesulitan-kesulitan yang ditemui.
Semangat tawakal yang ada sebelum, ketika dan setelah bekerja juga akan menghindarkan seseorang daripada menempuh jalan yang tidak diredhai Allah SWT untuk mencapai tujuan. Ia yakin dengan tawakalnya. Allah akan membantu memberi jalan serta memudahkan urusannya.
Allah berfirman dalam Surah al-Talaq ayat 3 yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi keperluannya."

No comments:
Post a Comment