Thursday, October 11, 2012

KAMI DALAM PROSES BERPINDAH

 
Assalamualaikum w.b.t kepada pengunjung-pengunjung blog ar-raqib.blogspot.com. Kami dalam proses untuk berpindah ke domain baru untuk keselesaan anda di masa hadapan. Teruskan mengikuti perkembangan kami.
 
HIDUP DAKWAH! ALLAHU AKBAR!

Wednesday, October 10, 2012

53 MANFAAT BERZIKIR



Assalamualaikum w.b.t. Dalam entri yang lepas-lepas, ada dituliskan tentang Keutamaan Berzikir. Dan telah kita ketahui berzikir mempunyai banyak manfaat berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Berikut di ringkaskan 53 manfaat berzikir untuk meningkatkan semangat agar terus berzikir.
  1. Berzikir mengusir dan menghancurkan syaitan. 
  2. Berzikir menyebabkan Allah redha kepada yang berzikir.
  3. Berzikir menghilangkan kerisauan hati.
  4. Berzikir mendatangkan rasa senang di dalam hati.
  5. Berzikir meningkatkan potensi hati dan badan.
  6. Berzikir menambah cahaya pada wajah dan hati.
  7. Berzikir mandatangkan rezeki.
  8. Berzikir menambah wibawa pada peribadi yang gemar berzikir.
  9. Berzikir menyebabkan Allah cinta kepada yang selalu berzikir.
  10. Berzikir meningkatkan takarub kepada Tuhannya.
  11. Berzikir menambah rasa mawas diri sampai ia dapat masuk ke pintu ihsan,sehingga ia dapat menyembah Allah dengan perasaan seolah-olah ia sedang melihatNya. 
  12. Berzikir menambah rasa kembali kepada Allah.
  13. Berzikir membuka selebar-lebarnya pintu-pintu makrifat.
  14. Berzikir menyebabkan Allah mengingat yang berzikir.
  15. Berzikir menghidupkan hati seseorang.
  16. Berzikir memberi makan kepada hati dan roh.
  17. Berzikir menambah kebersihan hati.
  18. Berzikir menggugurkan dosa-dosa.
  19. Berzikir menghilangkan rasa sepi.
  20. Berzikir menyelamatkan seorang dari siksa Allah.
  21. Berzikir menyebabkan turunnya ketenangan dan rahmat.
  22. Berzikir mendatangkan para malaikat di majlis-majlis zikir.
  23. Berzikir memberi rasa bahagia kepada yang berzikir.
  24. Berzikir memberi keamanan pada seorang di hari kiamat.
  25. Berzikir mendapat kurnia Allah yang lebih besar daripada kurnia yang diberikan kepada orang-orang yang meminta. 
  26. Berzikir merupakan ibadah yang paling ringan dan paling utama.
  27. Berzikir menambah tanaman di syurga.
  28. Berzikir mendatangkan berbagai keutamaan bagi pelakunya.
  29. Berzikir menghindarkan seseorang itu daripada lupa yang dapat membawa kesengsaraan di dunia dan di akhirat.
  30. Berzikir memberi cahaya bagi pelakunya ketika di dunia dan ketika di dalam kuburnya.
  31. Berzikir membangunkan hati daripada lalai.
  32. Berzikir membuahkan pengetahuan-pengetahuan yang berguna.
  33. Berzikir menyebabkan kebersamaan antara pelakunya dengan Tuhanya.
  34. Berzikir menyamai dengan membebaskan kaum budak dan menafkahkan harta. 
  35. Berzikir merupakan puncak syukur kepada Allah.
  36. Berzikir melunakkan kekerasan hati.
  37. Berzikir mendatangkan anugerah dan mencegah malapetaka.
  38. Berzikir menyebabkan Allah dan para malaikatNya berselawat atas pelakunya. 
  39. Berzikir menyebabkan Allah membanggakan pelakunya di depan malaikat.
  40. Seorang yang gemar berzikir dapat masuk syurga sambil ketawa.
  41. Berzikir memberi potensi untuk taat.
  42. Berzikir memberi potensi dan kemahuan keras.
  43. Gedung-gedung di syurga terus dibangun selama seorang itu masih berzikir.
  44. Berzikir menyebabkan para malaikat memohonkan ampun bagi pelakunya.
  45. Berzikir menyebabkan gunung-gunung dan lembah-lembah bergembira.
  46. Memperbanyak zikir menyebabkan terjauh daripada sifat munafik.
  47. Berzikir menyebabkan rasa lazat di hati pelakunya, kerana itu majlis-majlis zikir disebut kebun-kebun syurga.
  48. Berzikir di jalan di rumah di waktu bepergian maupun di waktu menetap akan menjadi saksi bagi pelakunya di hari kiamat. 
  49. Pelaku zikir diberi wajah yang cerah ketika di dunia dan diberi cahaya ketika di akhirat. 
  50. Berzikir menyebabkan Allah mengakui keimanan seorang hanba
  51. Berzikir menyebabkan seorang mendapat keuntungan berlimpah-limpah
  52. Berzikir di waktu senang menyebabkan Allah memperhatikan pelakunya di kala susah
  53. Berzikir menyembuhkan hati yang sakit

Semoga bermanfaat. Wallahu a'lam.

Tuesday, October 9, 2012

5 CAHAYA YANG MENERANGI 5 KEGELAPAN





KISAH PEPERANGAN MUKTAH

 
Gambar Hiasan
 
 
KISAH PEPERANGAN MUKTAH

Peperangan Muktah adalah peperangan penting dalam sejarah perkembangan Islam.  Peperangan ini berlaku pada awal tahun ke 8 Hijrah. Tentera Islam di barisi oleh 3000 orang pejuang manakala pihak musuh mempunyai kekuatan bala Tentera seramai 200,000 orang anggota (Yang di barisi oleh 100,000 dari Pasukan Rom dan 100,000 dari Arab Nasrani). Peperangan ini berlaku di Ma'rakah Muktah sebuah perkampungan berhampiran Syam (Sekarang Syria), daerah itu sekarang ini dikenali sebagai Kurk. 
 
Peperangan ini berpunca dari kematian Harith bin Umair Al Azli yang merupakan utusan Rasulullah ke Basra yang di bunuh oleh seorang pemimpin Rom. Apabila berita kematian itu sampai kepada Rasulullah, Baginda amat berdukacita lalu mempersiapkan pasukan tentera seramai 3000 orang untuk mengajar Kerajaan Rom. Rasulullah menugaskan Zaid bin Harithah sebagai panglima perang dan berpesan:
 
"Jika Zaid gugur sebagai gantinya Jaafar bin Abi Talib, jika Jaafar pula terkorban maka gantinya adalah Abdullah bin Rawahah."
 
Baginda juga berpesan supaya tentera Islam berperang kerana Allah, tidak mengganggu ahli-ahli ibadat dalam kuil/rumah ibadat mereka, tidak membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua yang tidak berdaya, tidak merosakkan pokok, meruntuhkan bangunan atau binaan.

Setelah dilepaskan oleh Rasulullah, berangkatlah pasukan Islam menuju ke perkampungan Maan. Di situ mereka mendapat berita bahawa angkatan perang Heraklius (Maharaja Rom) telah siap menunggu mereka dengan pasukan yang besar berjumlahnya seramai 200,000 (dua ratus ribu) orang. Dikhabarkan juga bahawa pasukan musuh itu telah sampai di perkampungan Balqa’, Damsyik. Pasukan Islam menetapkan selama dua hari di Maan itu untuk bermesyurat. Ada yang mencadangkan agar dihantar utusan kepada Rasulullah meminta bantuan.

Abdullah bin Rawahah membantah dengan ucapannya yang penuh semangat:

“Saudara-saudara, apa yang tidak kita sukai, justeru itu yang kita cari sekarang ini, iaitu mati syahid. Kita memerangi musuh itu bukan kerana perlengkapan, bukan kerana kekuatan, juga bukan kerana jumlah tentera yang besar. Tetapi kita memerangi mereka hanyalah kerana agama ini yang dengannya Allah telah memuliakan kita. Oleh kerana itu mara. Kita akan memperolehi salah satu dari dua kebaikan: Menang atau Mati Syahid”.

Mendengar ucapan semangat dari Abdullah ini mereka terus mara ke medan perang dan berjuang bermati-matian. Di tengah pertempuran panglima pertama tentera Islam iaitu Zaid bin Harithah terkorban. Sebelum jatuh ke tanah, bendera yang dipegang Zaid disambut oleh Jaafar bin Abi Talib. Jaafar meneruskan serangan hingga tangan kanan dan kirinya putus terkena pedang musuh dan bendera terpaksa dipeluknya hingga beliau terkorban pula akibat luka-luka yang banyak mengenainya lebih 70 lubang.
 
Bendera seterusnya disambut oleh Abdullah bin Rawahah, tetapi kemudian beliau juga turut terkorban. Pada saat itu, seorang lelaki dari Bani Ajalan iaitu Thabit bin Al Arqam tampil mengambil bendera dan melaungkan:”Saudara-saudara kaum muslimin, mari kita mencalonkan salah seorang dari kita” Ahkirnya pilihan jatuh kepada Khalid bin Al Walid. Bendera pasukan Islam lalu diserahkan kepada Khalid dan beliau meneruskan peperangan dengan sengit sekali.

Apabila malam tiba kedua-dua pihak berhenti berperang. Khalid menyedari bahawa saf (barisan) pasukan Islam mesti diatur kembali. Pada pagi besoknya, dengan kebijaksananya Khalid menyusun kembali saf pasukan Islam dengan membuat taktik memperlihatkan kepada musuh seolah-olah bantuan tentera pasukan Islam telah datang dari Madinah.
 
Musuh berasa gerun dan takut kerana menyangka bilangan tentera Islam bertambah dengan banyaknya. Sampai mereka jadi takut terhadap kaum muslimin dan sebahagiannya ada yang berkata, “Jika jumlah tentera sebesar 3,000 (tiga ribu) orang saja sudah cukup untuk membuat pasukan Rom dalam kesulitan dan kesukaran, apatah lagi pasukan tentera Islam ditambah”.

Maka pasukan Rom memilih untuk menarik diri dari medan peperangan. Sehingga peperangan Muktah berakhir. Akhirnya kedua-dua pihak berundur tanpa ada kemenangan dalam peperangan itu.

PERSOALANNYA:
Ada satu persoalan, berapakah tentera Islam yang syahid dalam peperangan ini????
100 orang, 500 orang, 1000 orang. Ini semuanya salah. Salah tu.
Sebenarnya hanya seramai 12 (dua belas) orang saja.

Cuba anda bayangkan, 3,000 orang melawan seramai 200,000 orang hanya 12 orang Islam yang mati (syahid). Hebat, bukan.
 
Itulah seperti ucapan dari Abdullah bin Rawahah:
 
“Saudara-saudara, apa yang tidak kita sukai, justeru itu yang kita cari sekarang ini, iaitu mati syahid. Kita memerangi musuh itu bukan kerana perlengkapan, bukan kerana kekuatan, juga bukan kerana jumlah tentera yang besar. Tetapi kita memerangi mereka hanyalah kerana agama ini yang dengannya Allah telah memuliakan kita. Oleh kerana itu mara. Kita akan memperolehi salah satu dari dua kebaikan: Menang atau Mati Syahid”.

Ini contohnya kekuatan pemikiran Islam ialah Aqidah dan penerapan hukum syarak. Contoh penerapan hukum syarak seperti pesanan Rasulullah :
 
1.Tentera Islam berperang kerana Allah,
2.Tidak mengganggu ahli-ahli ibadat dalam kuil/rumah ibadat mereka,
3.Tidak membunuh wanita, kanak-kanak,
4.Orang tua yang tidak berdaya,
5.Tidak merosakkan pokok,
6.Tidak meruntuhkan bangunan atau binaan.
Ini hukum syarak dalam peperangan.

PENGAJARAN PEPERANGAN MUKTAH

Peperangan Muktah adalah contoh terbaik bagi kaum muslimin pada hari ini, yang menunjukkan bahawa Kebangkitan Islam kali kedua hanya boleh diwujudkan dengan ada PEMIKIRAN ISLAM bagi setiap kaum muslimin. Tanpa ada pemikiran islam, kita sedia ketahui sebagaimana terjadinya di Palestin, Iraq, Afgan, Bosnia, Somalia, Chechen dan juga penganiayaan umat islam secara umumnya. Lihatlah peperangan Muktah, pertempuran yang tidak seimbang dan melawan kerajaan Rom yang terkenal dengan kegagahannya masih juga tidak dapat mengalahkan pasukan Islam yang sekecil itu. Dan bilangan kematian dari pasukan Islam seramai 12 orang sahaja. Kalau kita hendak samakan pada zaman sekarang ini, kerajaan Rom itu samalah seperti Amerika Syarikat.

KESIMPULAN

Peperangan Muktah berlaku pada 8 hijrah, iaitu selepas Rasulullah berhijrah ke Madinah. Dengan menunjukkan hal ini, ialah membuktikan Rasulullah telah mewujudkan Negara Islam dan beliau sendiri menjadi Ketua Negara. Dipendekkan cerita, adanya Negara Islam yang memiliki sistem yang tersendiri.

Kehebatan Islam dapat dikembalikan dengan adanya Negara Islam yang berkhalifah serta penerapan hukum syarak secara total dilaksanakan hasil dari pancaran aqidah yang benar.
 

Monday, October 8, 2012

DOA MEMOHON DIKEMBALIKAN BARANG YANG HILANG

Doa Hilang Barang




Doa ini diajarkan oleh Tuan Guru Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah semasa pengajian kilat kitab Bustanul Arifin di Alor Setar Kedah.

Berkaitan doa ini, pengarang kitab Bustanul Arifin (iaitu Imam Nawawi): Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mendapatkan barang yang hilang dengan tidak lama mencarinya. Dan saya juga telah mendengar dariapda Syeikh al-Hafizh Abu Baqa' seperti perkataan ini dan beliau yang mengajarkannya kepadaku sejak dahulu lagi.

Penterjemah kitab ini, iaitu Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam sendiri mengakui bahawa insya Allah doa ini sangat mujarab kalau hilang barang. Ustaz Fahmi sendiri pernah kehilangan barang, dan berkat membaca doa ini, dikembalikan barang tersebut.

Doa ini diskan daripada kitab terjemahan Bustanul Arifin oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam dan diedit.

"Beramallah dengan keyakinan, dan sedarlah diri kita sedang memohon daripada Pemilik segala perkara tiada berkecuali."

Artikel di ambil dari : SINI

KELEBIHAN AYATUL KURSI


Maksud Ayat:


Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Allah - there is no deity except Him, the Ever-Living, the Sustainer of [all] existence. Neither drowsiness overtakes Him nor sleep. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on the earth. Who is it that can intercede with Him except by His permission? He knows what is [presently] before them and what will be after them, and they encompass not a thing of His knowledge except for what He wills. His Kursi extends over the heavens and the earth, and their preservation tires Him not. And He is the Most High, the Most Great.


Surah Al-Baqarah (2:255)
Penjelasan:

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


"Segala sesuatu mempunyai punuk, dan sesungguhnya bongkol (Punuk) Al-Quran adalah Surah Al-Baqarah. Di dalamnya ada sebuah ayat yang merupakan induk Al-Quran, iaitu Ayat Kursi" 

Daripada Abu Umamah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang membaca ayat kursi sesudah setiap kali solat, tidak ada yang dapat menegahnya daripada memasuki syurga sehinggalah ia mati."
(HR al-Nasai' dan al-Tabrani)


Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

Rasulullah SAW segera memerintah kepada penulis Al-Quran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fadilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan. Ada sebahagian mufasirin menafsirkan KURSI ini sebagai Ilmu Allah dan sebahagian yang lain menafsirkannya sebagai Kekuasaan Allah.

Khasiat Ayat Kursi:


1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudaratkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.


2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, Insyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah SWT.

3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulullah SAW. 

4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka Insyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insyaallah, Allah SWT akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanyak 170 kali, Insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudaratkannya.

10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi Al-Quran yang mulia, Allah akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

Mari memperbetulkan bacaan ayat kursi kita secara online menggunakan link di bawah:

http://www.mounthira.com/learning/ayat/alkursi/ayatulkursi/

Semoga Bermanfaat. Wallahu a'lam.

KEUTAMAAN ZIKIR



Daripada Imam Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah Yang Maha Suci dan Luhur itu mempunyai malaikat yang berkeliling dan utama sifatnya. Mereka itu mencari majlis-majlis zikir (pengajian atau hal-hal keagamaan). Apabila mereka menemukan suatu majlis di dalamnya berisi zikir, lalu mereka pun duduklah beserta hadirin yang ada di situ. Mereka berbaris antara yang sebahagian dengan lainnya dengan merapikan letak sayapnya sehingga memenuhi tempat-tempat yang ada di antara mereka dengan langit."


Rasulullah SAW melanjutkan sabdanya:

"Allah 'Azza wa Jalla lalu bertanya dan Dia adalah lebih mengetahui tentang keadaan hamba-hamba-Nya:

"Dari mana kamu semua datang?"

Para malaikat menjawab: "Kami semua datang dari tempat hamba-hamba-Mu di bumi. Mereka itu sama memahasucikan, memahabesarkan, mengesakan, memuji serta memohon kepada-Mu."

Allah: "Apakah yang mereka mintakan pada-Ku?"

Malaikat: "Mereka memohonkan syurga-Mu."

Allah: "Adakah mereka sudah pernah melihat syurga-Ku?"

Malaikat: "Belum ya Tuhan."

Allah: "Bagaimana sekiranya mereka tahu syurga-Ku itu?"
(Maksudnya tentu akan lebih hebat lagi 'ibadatnya.)

Malaikat: "Mereka memohonkan perlindungan pada-Mu."

Allah: "Dari apakah mereka memohonkan perlindungan?"

Malaikat: "Dari neraka-Mu ya Tuhan."

Allah: "Adakah mereka sudah pernah melihat neraka-Ku?"

Malaikat: "Belum ya Tuhan."

Allah: "Bagaimana kalau mereka melihat neraka-Ku itu?"
(tentunya akan lebih takut lagi)

Malaikat: "Mereka juga memohonkan pengampunan pada-Mu."

Allah: Aku telah memberikan pengampunan kepada mereka dan Kuberikan pula apa yang mereka minta serta Kuperlindungkan pula mereka itu daripada apa yang mereka mohonkan perlindungannya."

Malaikat: "Di kalangan mereka ada seorang hamba yang banyak kesalahannya, ya Tuhan. Ia hanyalah berjalan melalui tempat majlis zikir itu, lalu ikut duduk dengan orang-orang tersebut."

Allah: "Orang itu pun Kuampuni. Kelompok itu adalah kaum yang siapa sahaja menemani mereka tentu tidak akan menjadi orang yang celaka."

Rujukan: Kitab "Al-'Aqidah Al-Islamiyah" oleh Sayid Sabiq, terjemahan Moh. Abdai Rathomy. Penerbit C.V. Diponegoro-Bandung.


Begitulah kelebihan zikir kepada Allah SWT, Allah SWT berfirman dalam Al-Quran mengenai kelebihan zikir dan mengingati-NYA. Antaranya:

Allah SWT berfirman:


Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).

Surah Al-Baqarah (2:152)

Perkataan ingat kepada Allah ini dalam kata lain ialah zikir. 

Tsabit ibn al-Banant ra. berkata, 

“Saya tahu Allah SWT mengingat saya. 
“Bagaimana Anda mengetahui hal itu?” tanya para muridnya.
“Apabila saya mengingat-Nya, Dia pasti mengingat saya,” jawabnya.



Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.

Surah Al-Ahzab (33:41)


Dalam Ayat yang lain Allah berfirman:



Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.

Surah Al-Baqarah (2:198)





(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

Surah Ali-Imran (3:191)



Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

Surah An-Nisa (4:103)

Tentang ayat 103 surah an-Nisa di atas, Ibn ’Abbas ra. berkata, ”Maksudnya adalah pada malam dan siang hari; di daratan dan lautan; dalam perjalanan dan ketika tinggal di rumah; ketika kaya dan dalam keadaan miskin; ketika sakit dan ketika sehat; serta secara tersembunyi dan terang-terangan.”

Rasulullah bersabda, ”Orang yang berzikir kepada Allah ditengah orang –orang yang lalai adalah seperti pohon hijau ditengah pohon-pohon yang kering. Orang yang berzikir kepada Allah ditengah orang-orang yang lalai adalah seperti orang yang berjuang di tengah orang-orang yang lari dari medan perang.”

Rasulullah Saw ditanya,”Amalan apa yang paling utama?”
Beliau menjawab,”Engkau mati sementara lisanmu basah karena zikir kepada Allah ’Azza wa jalla.”

Dalam hadis disebutkan bahwa Allah SWT berfirman,”Apabila hamba-Ku mengingat-Ku dalam dirinya, Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika ia mengingat-Ku dalam keramaian, Aku mengingatnya dalam keramaian yang lebih baik dari itu. Apabila ia mendekat kepadanya sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Apabila ia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Apabila ia berjalan menuju kepada-Ku, Aku berlari kepadanya.” (Maksud ”berlari kepadanya” adalah segera mengabulkan doanya.

Abu Hurairah berkata, ”Penghuni langit memperhatikan rumah-rumah penduduk bumi yang disebutkan nama Allah SWT, sebagaimana mereka memperhatikan bintang-bintang.”

Sufyan ibn Uyaynah ra mengatakan bahwa jika suatu kaum berkumpul untuk berzikir kepada Allah SWT, pasti setan dan dunia lari. Setan berkata kepada dunia,”Tidakkah engkau melihat apa yang mereka perbuat?”

Dunia menjawab, ”Biarkan mereka, karena jika mereka telah bubar aku akan membawa leher mereka kepadamu.”

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahwa ia masuk pasar. Ia berkata, ”Aku melihat kalian disini sementara warisan Rasulullah SAW dibagikan di dalam masjid.”

Orang –orang lalu pergi ke masjid dan meninggalkan pasar. Akan tetapi, mereka tidak melihat warisan itu. Mereka berkata, ”Wahai Abu Hurairah, kami tidak melihat warisan dibagikan di dalam masjid.”

Abu Hurairah balik bertanya, ”Apa yang kalian lihat?”
Mereka menjawab, ”Kami melihat sekelompok orang sedang berzikir kepada Allah Azza wa Jalla dan membaca Al-Quran.”
Abu Hurairah berkata, ”Itulah warisan Rasulullah SAW.”

Saturday, October 6, 2012

SEKSA MENINGGALKAN SOLAT : 3 SEKSA SEMASA BERTEMU ALLAH




Semasa bertemu Allah di hari kiamat. Orang yang lalai dan meninggalkan solat akan dikenakan balasan-balasan berikut:

3 Balasan ketika bertemu Allah SWT

1. Pada hari kiamat, dia akan dibelenggu oleh Malaikat

2. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan.

3. Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya, dan orang-orang yang meninggalkan solat akan diazab di dalam neraka dengan azab seksaan yang amat pedih dan keras.

SEKSA MENINGGALKAN SOLAT : 3 SEKSAAN DI DALAM KUBUR



Alam kubur adalah alam yang menakutkan. Apa yang dibayangkan dengan jerit pekik Malaikat Mungkar dan Nakir, apatah lagi jika kita lalai dan meninggalkan solat. Nauzubillah. Berikut adalah seksaan bagi golongan yang meninggalkan solat semasa di alam kubur.

1. Allah akan menyempitkan kuburnya sesempit-sempitnya sehingga bertemu tulang.

2. Allah akan mengelapkan kuburnya segelap-gelapnya.

3. Allah akan menyiksanya sehingga hari kiamat.

Nauzubillah. " Ya Allah, Kami berlindung pada mu dari azab dan seksaan kubur"

SEKSA MENINGGALKAN SOLAT : 3 SEKSAAN SEMASA SAKARATUL MAUT





Seperti dalam post yang lepas tentang balasan orang meninggalkan solat ketika di dunia, dan tentang jenayah yang paling berat di dunia. Kali ini kita singkap pula balasan bagi orang yang meninggalkan solat ketika menghadapi saat-saat peralihan dari alam dunia kepada alam barzakh, yang disebut sebagai Sakaratul Maut.

3 Seksaan ketika menghadapi Mati (Sakaratul Maut)

1. Mati dalam keadaan yang sangat hina

2. Mati dalam keadaan sangat lapar

3. Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun telah diberikan banyak minuman.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...