Friday, July 6, 2012

Koleksi Hadis: Ketentuan Allah S.W.T

Daripada Ibn Abbas r.a, Rasulullah SAW bersabda: " Wahai anak, aku ingin ajarkan kepada engkau beberapa kalimah: Peliharalah hak-hak Allah nescaya Allah memelihara kamu. Peliharalah hak-hak Allah nescaya engkau akan mendapati-Nya di mana sahaja kamu berada. Apabila kamu ingin meminta bermohonlah kepada Allah. Apabila kamu inginkan pertolongan mohonlah pertolongan daripada Allah. Dan ketahuilah, sekiranya seluruh umat berhimpun untuk memberikan suatu manfaat kepada engkau, mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikit pun melainkan dengan suatu yang telah Allah tetapkan kepada kamu; sekiranya mereka berhimpun untuk memudaratkan kamu, mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikitpun melainkan dengan suatu yang telah Allah tetapkan ke atas kamu. Telah pun diangkat dan segala pena dan telah keringlah segala buku. ( Segalanya telah ditetapkan oleh takdir dan ditulis di Luh Mahfuz)

(Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad)

Thursday, July 5, 2012

Koleksi Hadis: Sedekah kepada diri sendiri

Amalan Yang Paling Afdal

Daripada Abu Zar Jundubi Zar bin Junadah RA, katanya, aku bertanya, “Wahai Rasullullah, apakah amalan yang paling afdal? “Maka dijawab oleh Rasulullah SAW, ”Beriman kepada Allah SWT dan berjihad dijalannya.” Aku bertanya lagi, “Hamba manakah yang paling utama untuk dimerdekakan?” jawab baginda, ”Hamba yang paling disayangi oleh tuannya dan paling tinggi harganya.” Aku bertanya lagi, ”Jika aku tidak berbuat demikian? Rasulullah menjawab, bantulah orang yang berbuat sesuatu pekerjaan atau buatlah sesuatu untuk orang tidak pandai membuatnya.” Aku bertanya, “Wahai Rasulullah SAW bagaimana pula jika aku lemah, tidak dapat mengerjakan sebahagian kerja-kerja itu?” Jawab Rasulullah SAW, ”Hendaklah kamu menahan perbuatan jahat terhadap manusia, sesungguhnya itu adalah sedekah daripada engkau untuk diri engkau sendiri.”

Sumber : Koleksi Hadis Jakim SINI

Koleksi Hadis: Kelebihan Berwuduk

Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,

”Apabila seorang muslim atau mukmin berwuduk, maka dia membasuh mukanya keluarlah daripada mukanya itu segala dosa yang dilakukan oleh matanya bersama air atau bersama dengan titisan air yang akhir. Apabila dia membasuh kedua tangannya keluarlah daripada keduanya segala dosa yang dilakukan oleh tangannya bersama air atau bersama titisan air yang akhir. Apabila dia membasuh kedua kakinya keluarlah segala dosa yang dilakukan oleh kedua kakinya bersama air atau bersama titisan air yang akhir sehingga bersihlah dia daripada segala dosa.”

Sumber : Koleksi Hadis Jakim SINI

Tuesday, July 3, 2012

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara


Dari Ibnu Abbas, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

"Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
1. Masa sihat sebelum sakit.
2. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
3. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
4. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan
5. Masa hidup sebelum tiba masa mati."
(riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Monday, July 2, 2012

Basahi Lidah Dengan Zikir

Daripada Abdullah bin Busr r.a., seorang lelaki bertanya: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syariat islam (perkara wajib dan sunat) terlalu banyak ke atasku, beritahulah kepadaku sesuatu yang dapat ku bergantung dengannya." Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah lidah kamu sentiasa dibasahi dengan zikir kepada Allah."

(Riwayat al-Tirmizi)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...